Welcome to My Corner....




Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih....

Assalamualaikum.. terima kaseh untuk u all yg sudi jenguk page nie...
semua novel yang bakal di jual di sini adalah milik peribadi cue sendiri...
tujuannye hanyelah nak kosongkan rak yang dah penuh kat rumah nie....hehehe
InsyAllah dlm keadaan yang memuaskan dan boleh dibuat koleksi bacaan... ^_^
so, hopefully for those that are interested just drop ur comment n left your email on the post...
U may also can send me a msj through my email or fon...

azrinnahamdan@gmail.com

013-4083943

thanks ^_^

May Allah bless...

Tuesday, December 22, 2015

Jabbar Muqrish - Dian Aleesya


Novel Jabbar Muqrish - Dian Aleesya (LIMITED EDITION)

Assalamualaikum.. 
Izinkan sy Nak Review sikit ye..

 Novel nie antara novel TERBAIK 2015..
Sebab ape? kerana cara penulisan Dian yang bersahaja dan membuatkan 
ramai readers MEnggilai Abg Jabbar Muqrish nie.. hehe


Best seller & LIMITED EDITION.. Dimaklumkan bahawa syarikat penerbitan juga sudah
Kehabisan Stock dalam erti katanya SOLD OUT..

Bagi yang masih mencari novel JABBAR MUQRISH nie boleH contact melalaui:

Whatsapps : 0134083943
Email : azrinnavee@yahoo.com

HIGHLY RECOMMENDED ^_^


Sinopsis 

Bila  si mulut manis, Jabbar Muqrish bertemu dengan si degil,
 Wan Aisya... Mampukah gandingan sebegitu 
menjadi harmoni bak irama dan lagu?

TIDAK!

Walau bermacm cara sekalipun yang Jabbar lakukan, pendirian Aisya tetap sama.
Hati dan perasaannya telah dinoktahkan setelah Iqbal mengkhianatinya.


"saya tak nak dikecewakan lagi, Encik Jabbar. dan saya dah noktahkan segala-galanya... 
termasuklah hati dan perasaan saya."
- Wan Aisya

Namun Aisya terluapa dia berdepan dengan Jbbar Muqrish, lelaki yang tak pernah kenal erti putus asa. Tolaklah berkali-kali, lelaki itu tetap juga dengan pendiriannya. Kerana Jabbar yakin, dia mampu melembutkan hati Aisya dengan apa jua cara.

"She doen't love me like I do, But i won't give up.
She will be mine, ummi"
- Jabbar Muqrish

Bernarkah si tampan yang mengaku tak akan meyerah kalah itu mampu melembutkan hati Aisya yang keras dan degil itu?

" I rasa, ypu pun dah kenal I macam mana. Selagi I tak dapat apa yang I nak, I gigih untuk dapatkannya. Tak kiralah dengan paksa atau tidak 
- Jabbar Muqrish




Wednesday, December 16, 2015

Selimut Malam - Hani Fazuha (LIMITED EDITION)










NOVEL SELIMUT MALAM - HANI FAZUHA


(NOVEL LIMITED EDITION & SUSAH NAK CARI)


For Order Whatsapps 0134083943


Sinopsis



Kerana suka, Dania buat kerja gila. Kerana suka dia terima lamaran Haidar. Walhal dia tahu, lamaran itu hanya untuk menghalalkan yang haram, bukan untuk sebuah kasih sayang.

Tapi, ada yang Haidar tidak tahu kenapa dia sanggup lakukan begitu.

'Semua orang tak boleh tahu apa yang berlaku. Anggap saja antara kita tak pernah jadi apa-apa.' 

Dania tunduk, sembunyikan wajah. Mahu berkata-kata tapi tiada suara. 

'I tahu you tak pernah sayang I. Tapi..' liurnya terasa sangkut di kerongkong sendiri. 

'Cara you 'buang' I ni, buat I rasa terhina'. 

'I tahu you kuat.' 'Suara Haidar bagai memujuk. Tangan naik menyentuh pipi isteri.

Dania senyum dalam tangis. Kalau apa yang dia beri selama ini belum cukup untuk mengikat hati Haidar, dia akur. Siapalah dia untuk berdiri di sebelah Haidar yang hebat. Haidar yang punya segalanya kecuali cinta dan kasih sayang. 

'Maksudnya, you dah puas dengan I?'. Suara Dania hampir tidak terkeluar. 

Haidar berpaling. Sebut tentang puas. Jika bersama Dania dia tak pernah tahu erti puas. Tapi, ada sesuatu yang mengharuskan dia 'melepaskan' Dania dari genggaman. 

Akan wujudkah sebuah rasa yang bernama cinta di antara hati mereka? Jika tidak, mungkinkah akan ada orang ketiga?


Monday, December 14, 2015

Tersuka Tanpa Sengaja - Pena Kayu



NOVEL TERSUKA TANPA SENGAJA - PENA KAYU

Novel yang sedang Di DRAMA kan di Astro Ria!! 

Ramai tengah menggilai DR Syed Arif kn kn kn ?? So bole la tau ending before drama habis ditayangkn.. hehehe

HARGA : RM26.00

For order Whatsapps 0134083943

Sinopsis

Kali pertama mereka bertemu, Farhah dituduh mahu mencalarkan kereta Syed Arif. Tak cukup dengan itu, identitinya dicurigai.

“You pandang apa?” sergah Farhah. Dia juga sudah menutup bahagian dadanya mengunakan tangan.

Syed Arif membeliakkan mata, tidak percaya dengan tindakan perempuan gedoboh tersebut.

“I tak selera pun nak pandang you. I’m just shocked that you are actually a girl dressed up like a boy.”

​Kali kedua bertemu, Farhah berdress meleret dengan high heel bagai. Tapi, encik Doktor tetap kutuk juga.

“You tanpa mekap sangat pucat. I boleh nampak hidung you ni agak kembang. Mata pun agak sepet.” – Doktor Syed Arif.

Sebab itu bila tiba-tiba Syed Arif ajak dia kahwin, Farhah memang tak percaya. Syed Arif tu kacak bukan main, mana nak sepadan dengan dia yang gedoboh itu. Walau di hatinya terbersit rasa indah tapi, dia harus sedar diri. Dia tak cantik dan kisah hidupnya tak seindah mana.

"I lebih suka lelaki yang nak kahwin dengan I sebab dia suka I, bukan sebab yang lain.” - Farhah

"Then.. make me fall in love with you. Seduce me.” – Doktor Syed Arif

Goda Syed Arif? Ingat itu kerja senang ke? Farhah tak pandai nak jadi perempuan gedik apatah lagi nak buat lelaki itu jatuh cinta.

“I tak akan sia-siakan you. Janganlah you fikir I ni macam hero-hero dalam novel. Asal kahwin tanpa rela saja, si isteri disia-siakan.” – Doktor Syed Arif. 

Boleh percaya ke? Lebih-lebih lagi bila kekasih lama Syed Arif muncul kembali. Katrina Datuk Ahmad Alias tu cantiknya luar biasa. Kuat ke iman tuan doktor?

“Sebab dia, you curang, kan? Sebab dia, you lupakan I, kan? Memang dia ni perampas!” – Katrina.

“Farhah bukan perampas. I yang lamar Farhah jadi isteri I”- Doktor Syed Arif.

Mampukah Farhah tepis ‘langau’ tercantik abad ini dalam memenangi hati suami sendiri? Sedang dalam keluarga pun dia kalah dengan Katrina, inikan pula dengan ‘suami tanpa cinta’ itu.

Yang Aku Cinta - Farrah Husain & Anna Lee ( LIMITED EDITION)


YANG AKU CINTA - Farrah Husain & Anna Lee   (LIMITED EDITION)

ORDER : Whatsapps 0134083943


Sinopsis


DEAR CINTA 2.0

Hidup Tasneem dan Ariff sudah berakhir dengan frasa ‘dan mereka hidup bahagia selamanya.’

Namun, perjalanan menuju ke destinasi hingga wujudnya Ahmad Faris tak semudah kisah fairy-tales. Banyak ujian melanda. Berkali-kali hati teruji. 
Hampir sahaja kedua-duanya tersungkur. Tapi, bak kata Ariff Hakimi, kun fa ya kun. If it’s meant to be, then it’s meant to be.

BUKAN AWAK TAPI DIA

Mana mungkin Dian cintakan si pemilik suara serak-serak basah itu jika hatinya sudah jatuh pada Hadif, teman sekampungnya.

Mana mungkin Nadeem cintakan si tukang jahit yang mulut tak ada insuran itu jika dari awal lagi hatinya sudah ditakluk oleh Balqis, model terkenal.

Namun melalui satu program reality tv keduanya ditemukan. Misi kedua-duanya sama, ingin memasuki program itu semata-mata ingin mendapat perhatian dari pilihan hati masing-masing yang endah tak endah saja kepada mereka. Tetapi, lain yang dirancang, lain pula yang terjadi.

Mampukah Nadeem dan Dian miliki apa yang mereka inginkan? Mampukah hubungan keruh Dian dan Nadeem dijernihkan?

Sunday, December 13, 2015

Curahan Cinta Niagara - Maya Iris


Curaha Cinta Niagara 

( BEST SELLER & TIADA CETAKAN SEMULA)

condition : 9 / 10

For Order Wassup 0134083943

sinopsis

Kita sering kali bertanya, "Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan? Quran menjawab, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu. Boleh jadi kamu menyayangi sesuatu padahal ia buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." Surah al-Baqarah, ayat 216.

Mira Zahila, gadis yang mudah berkawan tetapi tidak mempercayai institusi perkahwinan telah menjadi rebutan dua orang lelaki. Air terjun Niagara Falls menjadi titik permulaan Farhan disapa oleh perasaan cinta pertama. Namun Farhan terpaksa memendam rasa kerana adiknya Faris yang sering memperolehi apa yang diingininya lebih dahulu menagih cinta Mira.

Di saat-saat menemui ajal, Faris telah memberi laluan kepada Farhan untuk merebut cinta Mira. Namun, Mira tidak dapat menerima cinta Farhan kerana cara hidup Farhan dirasakan asing baginya. Farhan pula mula sangsi dengan cintanya kerana sejarah silam Mira dan Faris bercanggah dengan prinsip hidupnya. Dalam keadaan terpaksa, Farhan menikahi Mira walaupun dia sendiri tidak pasti perasaan sayang atau benci yang bersarang di hatinya.

Ketika Farhan dan Mira bergelut mencari kebahagiaan sebagai suami isteri, muncul pula seorang wanita yang bakal menggoncang keharmonian rumahtangga mereka. Yang bakal mematikan benih-benih cinta yang baru bercambah. Berjayakah Mira mencari kebahagiaan, merentasi lautan dari New York ke London dan Paris hingga ke Kuala Lumpur? Dan sempatkah Farhan membuktikan cintanya sehebat curahan Niagara?

Wednesday, December 9, 2015

New Update Second Hand Novel Disember 2015 ^_^

Assalamualaikum... 

Thanks pada awak yang still sudi jengah blog ini.. =)

So here the list of novels untuk Let Go..

Do PM, Drop Comment or Whatsapps 013-4083943 if interested..

Btw ada ke yang berminat dengan Novel JABBAR MUQRISH (LIMITED EDITION)?

anyone? do contact me please.. will actively here soon InsyaAllah..

Thanks..

May Allah Bless ^_^











Tuesday, December 8, 2015

Sakitnya Tuh Di Sini ~ Hani Fazuha ( LIMITED EDITION)



Novel Sakitnya Tuh Di Sini

LIMITED EDITION ( Tiada cetakan Kedua)

TERHAD & BEST SELLER

For Order Wassup 0134083943

sinopsis

Tenangnya perkahwinan mereka buat Aleeya tidak percaya wujudnya orang ketiga yang memusnahkan segalanya dalam sekelip mata.

“Tolong jujur dengan Leeya, bang.” ~ Aleeya Irdina
“Kami sudah terlanjur...” ~ Zariel Ikhwan

Berpisah! Itu yang Aleeya pinta. Tapi, bila talak itu di tangan lelaki, bukan mudah untuk meminta.

Tatkala dia hampir mahu mengalah, ada tangan yang menghulur. Benar, takdir itu tidak kejam. Yang kejam adalah manusia di dalam takdir tersebut.

“Kalau I berjaya pujuk dia lepaskan you, I boleh dapat apa-apa rewards tak?”~ Hariz Ilham
“You nak apa?”~ Aleeya Irdina
“I nak you.” ~Hariz Ilham.

Persoalannya, masih adakah ruang di hati Aleeya untuk yang lain selepas Zariel?

“I pernah minta satu bilik di hati you, yang belum pernah ‘dia’ jejak. Tapi malam ni I dah tahu, semua ruang yang ada di hati you memang ada jejak ‘dia’.” ~ Hariz ilham.
“Hariz, I minta maaf...” ~ Aleeya Irdina.
“Tolong bersihkan semua jejak tu dan kosongkan dulu semua ruang di hati you, baru I akan masuk”~ Hariz Ilham.

Mampukah Aleeya lakukan seperti yang diminta Hariz? Jika tidak, adakah dia akan kembali pada Zariel yang telah insaf akan khilafnya? Atau... terima lelaki yang bernama Zafri untuk membalas rasa sakit di hatinya.

Friday, December 4, 2015

Dia.. Random Guy ~ Farah Husain (SOLD OUT)


Harga Jual : RM 13.00

Harga Asal : RM23.00

condition : 10 / 10  ( baru sekali baca)

Thanks Shah ^_^

sinopsis

Kerana tidak mahu dicop sebagai ‘loser’, Alina Suffiya bertindak pantas menarik lengan jejaka ‘random’ untuk diperkenalkan sebagai tunangannya. Apa nak buat, hanya si random itu saja yang dia nampak ketika itu.

Hidup Zariel Amzar yang tenang dan damai tiba-tiba seperti menaiki roller-coaster di taman tema. Ini semua perempuan psiko tu punya pasal! Gosip liar mula tersebar dan dia diberi tekanan oleh mama tersayang.

Suratan atau kebetulan? Mereka kini di bawah satu bumbung.

Amzar mengambil peluang untuk membalas rasa sakit hati. Alina dibuang kerja atas alasan mengurangkan perbelanjaan syarikat.

“You are one heartless man! Saya harap…. Tak! saya doakan supaya awak dapat cari semula hati awak yang dah hilang tu.” - Alina. 

You know what, I take back my word. You ni bukan gila… but downright psycho. Go and get a treatment!”- Amzar.

Kita hanya merancang. Sangka Alin selepas peristiwa itu dia tidak perlu berjumpa Si Random Guy lagi. Tapi takdir ada rancangan berbeza dan hidup mereka tidak lagi seperti dulu.

“You ingat you ni tuan puteri ke nak kena berjemput segala?”- Amzar

“Manalah saya tahu kena tunggu di bawah ni. Saya ingat encik ada di atas, saya naiklah!”- Alina 

Mengenali seorang Amzar, perasaan yang Alina kunci dalam hati, muncul kembali. Cik jantung mula berdegup kencang dan cik hati mengedik tak tentu hala. 


Kemunculan Hairi yang cuba mendekati semula Alina, mengundang krisis dalam hati Amzar. Apabila Cik Kerani dilayan sedingin salju, dia pula diberi ‘layanan bahu sejuk’. Menggelabah pula nak memujuk. Walaupun mulut kata benci, hati mula menari! 

‘Isyyy.. kacau daun betul Si Hairi ni. Dah pergi tu, pergi ajelah’. 

Siapakah yang berjaya membuka kunci hati Alina. - Hairi atau Dia… Random Guy?