Welcome to My Corner....




Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih....

Assalamualaikum.. terima kaseh untuk u all yg sudi jenguk page nie...
semua novel yang bakal di jual di sini adalah milik peribadi cue sendiri...
tujuannye hanyelah nak kosongkan rak yang dah penuh kat rumah nie....hehehe
InsyAllah dlm keadaan yang memuaskan dan boleh dibuat koleksi bacaan... ^_^
so, hopefully for those that are interested just drop ur comment n left your email on the post...
U may also can send me a msj through my email or fon...

azrinnahamdan@gmail.com

013-4083943

thanks ^_^

May Allah bless...

Monday, August 19, 2013

Biarlah YM Berbicara - Hanni Ramsul (SOLD OUT)


HARGA ASAL : RM 19.90

HARGA JUAL : RM 15.00

condition : 10 / 10

sinopsis

Abang Kamal… Walaupun segunung cinta yang kau hadiahkan padaku, terasa tidak akan merawat pedih tingkahmu pada diri ini. Namun, mengapa ketulusanmu akhirnya memercik simpati di hati? Membuat hatiku berlagu sendu? Mengalun irama indah di hati…


Encik Firdaus… Memandang wajahmu, mengapa debar sering bertandang? Cintakah itu? Sungguh aku tidak pasti kerana cinta memang tidak pernah wujud di hati ini. Dan kalau bukan cinta, kenapa pula cemburu sering mengejar langkah ini? Cemburu pada bahagiamu yang tidak bertepi…

Charming… Siapa pun engkau, mengapa aku rasa begitu rapat padamu? Hatiku begitu hampir denganmu. Derai tawamu, membelai bahagiaku. Bicara tanpa wajahmu, membuat aku kelemasan menanggung rindu. Sungguh aku ingin mewujudkanmu di alam nyata.


Namun, keberanian tidak pernah muncul di hati ini, sedang citaku cuma satu. Menjadi suri di hatimu…

Aku… Aku penasaran sendiri. Penasaran dalam mencari erti cemburu dan rindu. Mentafsir di mana letaknya cinta, sayang dan simpati. Kelirunya pabila semua rasa berkumpul menagih pada hati yang satu. Sungguh aku penasaran melalui simpang-siur permainan duniawi ini…