HARGA ASAL : RM 28.00
HARGA JUAL : RM 23.00
condition : 10 / 10 (baru sekali bace)
sinopsis
“Cinta tu, buta, pekak, bisu.”
“Kenapa cakap macam tu pula?”
“Kita tak nampak, kita boleh jatuh cinta, kita tak dengar pun kita boleh jatuh cinta, kita tak
boleh bersuara pun, kita boleh jatuh cinta. So, cinta itu buta, pekak dan bisu. Tapi, cinta tak
akan jadi cinta lagi bila hati mula bagi masalah.”
Setiap kisah ada pertemuan dan setiap pertemuan ada permulaan. Walaupun pelbagai cara
permulaan sebuah pertemuan itu, kalau sudah jodoh... maka jodohlah ia!
Pada mulanya, mereka dipertemukan dalam situasi yang tidak menyenangkan yang
menyebabkan mereka ditakdirkan menjadi musuh. Disebabkan tersalah e-mel, mereka
kemudian menjadi kawan baik di alam maya. Sehinggalah mereka ditakdirkan jatuh cinta
melalui panggilan telefon.
Izz Rizqin mengorbankan cintanya kepada yang lebih berhak. Dia seorang yang
memperjuangkan cinta dan sanggup berkorban demi cinta. Tapi, untuk berkorban dia perlu
menerima calon isteri cadangan daddy dan mummynya.
Dara Safiya pula tidak percaya kepada cinta selepas dia dicurangi Ryan. Dia mahu
membujang sampai ke tua menjaga mama dan papanya. Oleh kerana itu, mama dan papanya
bertindak untuk mencadangkan dia calon pilihan mereka. Tapi, Dara meletakkan syarat yang
akhirnya mengenakan diri sendiri.
Walaupun mereka menerima cadangan calon pilihan keluarga, bukan bermakna mereka
kahwin paksa, kerana, masing-masing sudah jatuh cinta.
"Kita buat cerita baru, kita bina cinta baru... What say you?”
“Then you get your answer...”
“Jawapan?”
“That I love you too...”
Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga mudah. Tapi untuk dicintai dengan orang yang
kita cintai, itu cinta yang sukar diperoleh. Kecuali... kita mula mencintai untuk dicintai.
Ada lg x novel nie?
ReplyDeleteYup still ade lg dear.. Sorry busy sket da lame x update blog tak perasan komen nie.. anything just wassap / sms 013-4083943. TQ =)
ReplyDelete