NOVEL SELIMUT MALAM - HANI FAZUHA
(NOVEL LIMITED EDITION & SUSAH NAK CARI)
For Order Whatsapps 0134083943
Sinopsis
Kerana suka, Dania buat kerja gila. Kerana suka dia terima
lamaran Haidar. Walhal dia tahu, lamaran itu hanya untuk menghalalkan yang
haram, bukan untuk sebuah kasih sayang.
Tapi, ada yang Haidar tidak tahu kenapa dia sanggup lakukan
begitu.
'Semua orang tak boleh tahu apa yang berlaku. Anggap saja
antara kita tak pernah jadi apa-apa.'
Dania tunduk, sembunyikan wajah. Mahu berkata-kata tapi
tiada suara.
'I tahu you tak pernah sayang I. Tapi..' liurnya terasa
sangkut di kerongkong sendiri.
'Cara you 'buang' I ni, buat I rasa terhina'.
'I tahu you kuat.' 'Suara Haidar bagai memujuk. Tangan naik
menyentuh pipi isteri.
Dania senyum dalam tangis. Kalau apa yang dia beri selama
ini belum cukup untuk mengikat hati Haidar, dia akur. Siapalah dia untuk
berdiri di sebelah Haidar yang hebat. Haidar yang punya segalanya kecuali cinta
dan kasih sayang.
'Maksudnya, you dah puas dengan I?'. Suara Dania hampir
tidak terkeluar.
Haidar berpaling. Sebut tentang puas. Jika bersama Dania dia
tak pernah tahu erti puas. Tapi, ada sesuatu yang mengharuskan dia 'melepaskan'
Dania dari genggaman.
Akan wujudkah sebuah rasa yang bernama cinta di antara hati
mereka? Jika tidak, mungkinkah akan ada orang ketiga?
Salam, ada lagi ke novel ni ?
ReplyDeleteSalam..novel nie ad lg x?
ReplyDeleteSalam..novel nie ad lg x?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAda lagi tak novel ni
ReplyDelete