Novel Pergi Tanpa Alasan - Hani Fazuha
LIMITED EDITION ( tidak dijual di Kedai Buku)
For order sila contact :
WHATSAPPS: 0134083943
EMAIL: azrinnavee@yahoo.com
DI PETIK DARI KATA-KATA PENULIS HANI FAZUHA
"Saya nampak banyak persoalan timbul
tentang Pergi TAnpa Alasan ni. Di sini saya berikan penjelasan tentang
perbezaan PTA versi lama dengan PTA versi baru.
** Cter yang sama saya rombak kembali susunan
plotnya dan tambah sana sini untuk mencantikan lagi perjalanannya serta
panjangkan endingnya menjadi 560 page (yang lama 500 page).
**Akan dicetak dalam jumlah yang terhad
menggunakan bulky paper (kertas ringan tu).
Kalau rasa PTA lama anda dah suka susunan
ceritanya. Tak payah beli yang ni pun tak apa. , " - Hani Fazuha
SINOPSIS COVER NOVEL
Rihana dan Hakim, dua nama dari dua dunia berbeza, ditemukan dalam
kancah penuh dosa. Bagi Hakim, Rihana itu tidak ubah seperti pelacur kelas
atasan. Bagi Rihana, Hakim itu sama saja dengan lelaki kaya raya yang harus
dilayan untuk mengeluarkan duit dari poketnya.
“Kahwin dengan I Rin, I’ll pay you two million.” - Hakim
“Dua juta tidak cukup untuk membeli maruah I, Hakim”- Rihana
Segalanya berubah apabila Rihana bertemu hidayah-Nya dan
meninggalkan dunia kelam untuk berubah ke arah kebaikan. Hakim jadi panasaran
mencari Rihana yang hilang.
Bertemu kembali setelah enam bulan berlalu dan melihat Rihana yang
‘baru’, Hakim jadi sedar yang dia mahukan Rihana bukan kerana nafsu tetapi
kerana rasa yang satu itu sudah meresap meracuni hatinya.
Namun, melihat Rihana makin rapat dengan Ridzwan, jutawan muda
yang tidak kurang kacaknya buatkan Hakim rasa tergugat. Biarpun Ridzwan itu
teman baiknya, tidak bermakna Rihana juga harus menjadi teman baik lelaki itu.
Bijaknya Hakim memerangkap telah mengikat Rihana dalam sebuah
perkahwinan yang sangat rumit. Kerana Hakim itu sudah menjadi tunangan Nelly,
Rihana harus menjadi isteri secara sembunyi. Namun, apa akan jadi bila kisah
silam Rihana dibongkar dan dikorek hingga ke akar umbi?
“Hakim, I rasa macam tak layak untuk you.”- Rihana
“Walau I harus mati kerana memilih you, I tetap akan pilih you.”
Hakim
Kalau mati pun dia sanggup untuk Rihana, apalah sangat jika dia
harus kehilangan seluruh hartanya demi wanita itu.
Mampukah perkahwinan mereka bertahan bila hidup diuji kesusahan?
Sanggupkah Hakim melepaskan Rihana ke tangan Ridzwan demi merungkai segala
kerumitan?
~ Rin… your love is the only thing keeping me alive ~ Hakim
No comments:
Post a Comment