Novel Yang Bernama Cinta - Hani Fazuha
Untuk Order sila contact :
Whatsapps : 0134083943
Email : azrinnavee@yahoo.com
sinopsis
Pulangnya jiran depan rumah dari luar negara buat sejarah
lama yang cuba dilupakan Hani tersingkap kembali. Tapi peliknya, lelaki itu
bagai lupa yang mereka pernah ada sejarah silam yang menyakitkan.
“Bagi nombor telefon.” – Hazril
“Nak buat apa?” – Hani
“Agak-agak nombor telefon tu boleh buat gulai tempoyak tak?”
– Hazril
Perubahan drastik Hazril buat hidup Hani yang tenang-tenang
selama ini bertukar huru hara.
“Semalam tu...sebab tangan aku macam dah mencabul kau.
Senang cerita kita kahwin ajelah.” – Hazril
“Kau pernah tak sarapan dengan kaki kerusi? Kalau tak
pernah, tolong hentikan bercakap benda mengarut.” Hani .
Jenuh mengelak, tapi.... api cinta yang Hazril tiupkan
terlalu kuat. Kerana rasa itu memang sudah lama ada di situ, ianya sangat mudah
dihidupkan. Sampai satu tahap, kerana cinta, dia sanggup apa saja walau
berkahwin tanpa restu keluarga.
~ Saya panjat ikut tingkap, sembunyi-sembunyi masuk bilik
awak ya? - Hazril
+ Jangan buat lawak boleh tak? Saya tengah sakit ni - Hani
Sampai bilakah mereka harus main sembunyi-sembunyi,
intai-intai balik pintu? Apa akan jadi bila Hazril diharuskan berkahwin dengan
wanita lain hanya kerana kesilapan silamnya sedang hubungan mereka masih
menjadi rahsia?
Dan...tatkala setia yang diharapkan menjadi terlalu mahal
harganya, luka lama yang sudah bertampal kembali berdarah
No comments:
Post a Comment