Welcome to My Corner....




Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih....

Assalamualaikum.. terima kaseh untuk u all yg sudi jenguk page nie...
semua novel yang bakal di jual di sini adalah milik peribadi cue sendiri...
tujuannye hanyelah nak kosongkan rak yang dah penuh kat rumah nie....hehehe
InsyAllah dlm keadaan yang memuaskan dan boleh dibuat koleksi bacaan... ^_^
so, hopefully for those that are interested just drop ur comment n left your email on the post...
U may also can send me a msj through my email or fon...

azrinnahamdan@gmail.com

013-4083943

thanks ^_^

May Allah bless...

Tuesday, January 5, 2016

Pergilah Sepi ~ Fauziah Ashari


Novel Pergilah Sepi Karya Fauziah Ashari

Mesti ramai masih ingatkan Novel Pergilah Sepi popular
 zaman kiter sekolah menengah dulu.. Hehe

Sangat Susah Nak cari Novel nie sekarang..

so kalau berminat bole contact  sis untuk order ye ^_^

Whatsapps : 0134083943
Email: azrinnavee@yahoo.com

SINOPSIS COVER NOVEL

"Bila Kegirangan singgah di hati, kesepian terus berlalu pergi"

Andai jodoh bukan suatu ketentuan, pasti Afiqah mampu menolak kehadiran Syafiq dalam hidupnya. Apatah lagi, perkahwinan itu bagaikan satu pelarian bila terjadinya peristiwa yang mengaibkan.

Terlalu payah bagi Afiqah untuk meminggirkan segala kekecewaan dan menerima begitu sahaja apa yang ditakdirkan. Tanpa sekelumit rasa kasih terhadap Syafiq,bagaimanakah Afiqah mampu menutup kehambaran dan mencipta kebahagian.

Menyedari kesilapan diri, Syafiq cuba sedaya upaya mencorak kehidupan barunya. Meski sukar untuk menembusi benteng kemarahan Afiqah namun jauh di sudut hati, Syafiq mohon akan sampai ketikanya Afiqah mengerti kemurnian kasihnya. Hakikat hatinya tidak dapat dibohongi bahawa Afiqah adalah cinta pandang pertamanya.

Kata orang, kita akan rasa kehilangan apabila orang yang dibenci telah jauh dari mata. Sayangnya, kesedaran itu terlewat hadir dan hanya menambah luka di hati. Di manakah silapnya? Syafiqkah yang telah berubah atau Afiqahkah puncanya? Tertutupkah pintu kemaafan di antara mereka hanya kerana saling curiga dan salah sangka? 


Namun, bila Zek, teman lama Afiqah muncul menagih janji, Afiqah tak tega membiarkan rumah tangga Tuminah iaitu isteri Zek yang merupakan kawan Afiqah jua porak peranda. Mentelah Tuminah disahkan mengandung. Kepada Zek dikhabarkan dirinya bahagia bersama Syafiq. Meskipun itu yang dirasa dalam hati untuk meluahkan Afiqah tak berdaya.

Untuk apa menongkah arus, hidup musti diteruskan. Afiqah tekad melupakan segala sengketa dan salah sangka pada Syafiq. Akhirnya, Afiqah menerima cinta Syafiq dan melayari kehidupan dengan bahagia.

4 comments: